Cara Mudah Asing Minyak Masakan Agar Tidak Diserang Kolestrol Tinggi

Kesihatan kita adalah salah satu nikmat paling besar yang dikurniakan tapi sebab benda senang dapat, kita mudah lupa. Jadi kita pun main makan saja apa makanan yang ada tanpa mengambil kira keupayaan tubuh badan untuk berfungsi.

Kali ini, kami ingin kongsikan bersama anda video pendek ini yang akan mengajar anda bagaimana cara mudah untuk mengasingkan minyak daripada hidangan yang telah anda sediakan. Antara kelengkapan yang anda perlukan ialah:

1. Senduk besi

2. Ais

3. Tisu Dapur atau apa-apa tisu yang boleh guna untuk mengelap

Apa yang anda perlu lakukan adalah letakkan ais ke dalam senduk besi dan lalukan kepada permukaan sup atau hidangan yang berminyak. Kemudian, bolehlah lap gunakan tisu dan ulang lagi jika minyak masih banyak.

Hasilnya anda boleh saksikan sendiri dalam video pendek di bawah ini. Memang geleng kepala jika buat pada rendang masa masak ketika hari raya. Patutlah ramai yang masuk hospital selepas hari raya.