Anda mengidamkan gigi yang putih tanpa perlu berbelanja mahal? Bahan-bahan di atas mampu bertindak membersihkan dan memutihkan gigi. Kini dengan jumlah kos di bawah RM10, anda mampu memutihkan gigi anda!
Bahan-bahannya:
1. Baking Soda atau Soda Bikarbonat
2. Buah lemon
Itu sahaja!
Cara-caranya:
1. Campurkan Baking Soda dengan lemon (air kosong pun boleh) – Pastikan campuran cukup untuk menjadi paste (seperti ubat gigi) supaya senang kita nak gosok. Boleh gosok guna berus gigi atau jari.
2. Gosok gigi selama 1-2 minit – Jika terdepat kotoran degil pada gigi, masukkan dulu paste campuran tadi dan biarkan beberapa minit, kemudian baru gosok gigi. Ini kerana baking soda bertindak sebagai agen pencuci.
3. Kumur-kumur – Bersihkan mulut dengan kumur-kumur dan keluarkan seperti biasa kita gosok gigi. Bersihkan juga berus gigi seperti biasa.
4. Ulang setiap 2 hari – anda akan lihat kesannya selepas beberapa hari, gigi menjadi lebih putih,
insyaAllah!
Cara Paling Berkesan Dan Murah Untuk Putihkan Gigi Tanpa Kesan Sampingan
Samsudin SahaNext post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →