Susu Lipas Berpotensi Jadi Sumber Protein

Pernah terbau aroma yang dikeluarkan lipas yang buat anda cepat-cepat cari Ridsect atau Shieldtox? Jangan risau, ini kerana kajian terbaru saintis yang membuat penyelidikan menyatakan bahawa lipas kaya dengan sumber protein.

Menurut laporan portal CNN, salah seorang saintis yang terlibat dalam penyelidikan tersebut, susu lipas mungkin boleh digunakan menjadi sumber makanan tambahan yang sesuai untuk kegunaan manusia.

“Kristal protein ialah susu untuk anak lipas. Ia penting untuk pertumbuhan,” katanya selain mendakwa kristal tersebut mempunyai tiga kali ganda tenaga berbanding dengan susu kerbau dengan berat yang sama, dan kira-kira empat kali ganda susu lembu.

Untuk pengetahuan anda, lipas yang dikaji oleh Chavas merupakan lipas jenis Pacific Beetle atau nama saintifiknya Diploptera punctata (rujuk gambar di bawah). Lipas ini merupakan satu-satunya spesies lipas yang melahirkan anak, berbeza dengan lipas biasa yang bertelur.

“Kristal protein itu mengandungi zat yang kita perlukan – Protein, asid amino, lipid dan gula,” kata Chavas menjelaskan bahawa kandungan proteinnya adalah begitu tinggi selain cuba mendalami kajiannya itu agar dapat menghasilkannya dengan besar-besaran.

Sumber: CNN